Thursday, 15 November 2012

Sholat Khauf (definiton anf procedure Khauf Prayer)

Solat Khauf
SOLAT KHAUF : Yaitu Solat dalam keadaan ketakutan disebabkan peperangan dan sebagainya. Solat khauf itu disyari’atkan bagi umat Muhammad hingga hari Qiamat. Setelah ditinggalkan Rasulullah (S.A.W.) para sahabat juga menjalankan solat khauf, kerana adanya sebab yang tetap, maka dapat dilaksanakan sebagaimana solat Qasar. Solat ini boleh berlaku dalam tiga keadaan dengan cara yang berbeza-beza.
Imam Ahmad mengatakan terdapat 6 atau 7 hadis yang memuatkan kaedah ‎melakukan solat khauf ini. Ibnu Qayyim pula mengatakan pada dasarnya ‎terdapat 6 cara, tapi oleh sebhgn ulama’ dibuat lebih banyak lagi.‎
1. MUSUH BERADA BUKAN DI ARAH KIBLATJika demikian imam hendaklah membahagikan pasukannya menjadi dua bahagian, sebahagian berdiri menghadapi musuh dan sebahagian lain berdiri di belakang imam, kemudian imam mengimami bahagian yang ada di belakangnya satu rakaat, kemudian bahagian yang ada di belakang imam itu menyempurnakan solatnya secara mufaraqah dan setelah selesai lalu pergi menggantikan bahagian orang menghadap musuh, dan bahagian yang digantikan mereka itu lalu datang dan bermakmum kepada imam dan imam solat satu rakaat mengimami bahagian yang baru datang itu, sebelum Imam salam lalu bahagian ini menyempurnakan solatnya sendirian sementara Imam menunggu selepas tahiyyatnya untuk salam bersama bahagian yang kedua ini.
Kedudukan masalah ini ialah tatkala musuh berada di selain arah kiblat, sekira-kira kita tidak dapat melihat musuh di dalam solat, dan tidak selamat dari serangan musuh ketika di dalam solat itu, dan bilangan kaum muslimin banyak sekira-kira setiap kelompok muslimin mampu menahan serangan musuh.
Apabila demikian keadaannya, maka satu kelompok muslimin hendaknya menghadapi musuh, dan sekelompok yang lain supaya undur sekira-kira tidak terkena panahan atau tembakan musuh, lalu Imam memulakan solat dengan mengimani kelompok yang tidak berperang itu satu rakaat.
Apabila imam telah berdiri pada rakaat yang kedua, maka kaum muslimin yang bermakmum terlebih dahulu itu keluar dari mengikuti imam dengan niat mufaraqah (berpisah), (jika tidak niat mufaraqah, maka batal solatnya). Kemudian apabila telah memisahkan diri (mufaraqah), maka mereka menyempurnakan solatnya sendirian meghabiskan rakaat yang kedua dan tasyahhud lalu salam dan berangkat menghadapi musuh; dan kelompok muslimin yang menghadapi musuh lalu datang bermakmum kepada imam yang menunggu atau memanjangkan pada rakaat yang kedua. Jika mereka telah sempat menyusul, maka Imam meneruskan solat untuk rakaat yang kedua.
Kemudian apabila imam telah duduk tasyahhud, maka kelompok muslimin yang bermakmum itu bangun berdiri dan menyempurnakan rakaat yang kedua, dan imam menunggu pada tasyahhud. Jika kelompok makmum yang kedua itu telah menyusul tasyahhud, lalu imam salam bersama-sama makmum itu.
Solat dengan kaifiyah yang demikian itu adalah solat yang di­laksanakan oleh Rasulullah (S.A.W.) dalam Perang Dzatir Riqak, sebagai­mana yang diriwayatkan oleh lmam Bukhari dan lmam Muslim dari riwayat Sahal.
Dzatir Riqak adalah suatu tempat di negeri Najd. Perang itu dinama­kan Dzatir Riqak sebab peperangan itu berlangsung di bawah pepohonan yang bernama Dzatir Riqak. Ada yang mengatakan bahawa kerana kaum muslimin membalut tetapak kakinya dengan kain pembalut, kerana telapak kaki mereka berpecah-pecah. Ta’lil yang kedua itulah yang shahih, kerana ta’lil yang kedua itu telah tetap di dalam Hadits sahih.
Dari Soleh bin Khawwat dari Sahl bin Khaitsamah, katanya, “Nabi SAW ‎berbaris dengan satu kelompok lainnya menghadapi musuh. Beliau ‎bersembahyang bersama kelompok pertama itu serakaat dan tetap berdiri. ‎Kelompok itu menyelesaikan sendirinya solatnya lalu pergi menghadapi musuh, ‎lalu datanglah kelompok kedua yang bersembahyang serakaat bersama beliau ‎‎– bagi Nabi saw merupakan rakat kedua- Beliau tetap saja duduk menunggu ‎mereka menyelesaikan solatnya, kemudian beliau memberi salam dengan ‎mereka bersama2.”[diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Ibnu Majah]‎
Dari Ibnu Umar ra katanya, “Rasulullah saw bersembahyang dengan salah satu ‎dari dua kelompok satu rakaat, sedang kelompok lainnya menghadapi musuh. ‎Kemudian kelompok pertama pergi menggantikan kelompok kedua untuk ‎menghadapi musuh, sementara kelompok kedua ini datang bersembahyang ‎dengan Nabi saw serakaat, lalu beliau memberi salam dan kedua kelompok itu ‎masing2 menyelesaikan serakaat lagi.”[Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan ‎Muslim]‎
Dari Ibnu Mas’ud katanya, “Kemudian imam memberi salam dan mereka –yakni ‎kelompok kedua- berdiri dan menyelesaikan serakaat lagi, kemudian memberi ‎salam.”‎
IMAM BERSEMBAHYANG DENGAN KEDUA2 KELOMPOK 2 RAKAAT‎
Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw bersembahyang dengan sekelompok ‎sahabatnya dua rakaat, lalu bersembahyang lagi dengan kelompok yang lain ‎dua rakaat, kemudian beliau memberi salam.”[Hadis riwayat Syafi’I dan ‎Nasa’I]‎
Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw melakukan solat khauf bersama kami. Beliau ‎bersembahyang dengan sebahagian sahabatnya dua rakaat lalu memberi ‎salam, dan jamaah inipun undur. Lalu sahabat2 lain maju ke muka dan ‎beliaupun bersembahyang dengan mereka dua rakaat lagi kemudian memberi ‎salam. Jadi Nabi saw bersembahyang 4 rakaat, sedang jamaah itu masing-‎masing 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]‎
Dari Jabir ra juga katanya, “Kami ikut bersama Nabi saw dalam peperangan ‎Dzatur Riqa’. Solat dibacakan qamatnya. Beliau bersembahyang dengan satu ‎kelompok dua rakaat, lalu mereka ini undur kebelakang. Kemudian beliau ‎bersembahyang dengan kelompok yang lain 2 rakaat pla. Maka solat Nabi saw ‎adalah 4 rakaat, sedang kedua kelompok masing-masing 2 rakaat.”‎
2. MUSUH BERADA ARAH KIBLAT Imam hendaklah mengatur para muslimin menjadi dua barisan, imam bertakbiratul-ihram bersama seluruh kaum muslimin, lalu seluruh kaum muslimin ini solat bersama imam hingga pada i’tidal dari rukuk rakaat yang pertama, kemudian ketika imam sujud, maka salah satu barisan muslimin sujud bersama, sama ada barisan yang pertama ataupun yang kedua. Yang demikian itu adalah mazhah yang sahih. Dalam hal ini tidak ditentukan barisan yang manakah yang harus berjaga-jaga.
Kemudian apabila imam dan orang-orang yang sujud bersamanya telah bangun ke rakaat yang kedua, barisan yang satunya lagi sujud dan menyusuli imam. Imam membaca Al-Fatihah bersama-sama kaum muslimin dan rukuk bersama sekaliannya. Apabila imam i’tidal dari rukuk, barisan yang sujud pada rakaat yang pertama menjaga musuh dan barisan yang lainnya pula sujud bersama imam. Apabila barisan yang sujud bersama imam telah mengangkat kepalanya, barisan yang berjaga-jaga lalu sujud.
Yang demikian itu adalah solat Rasulullah (S.A.W.) di tanah ‘Asfan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain-lainnya, walaupun di dalam riwayat lmam Muslim ada keterangan bahawa barisan yang berdampingan dengan imam itu yang sujud terlebih dahulu dan barisan yang lainnya tetap berdiri menghadapi musuh.
Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan bahawa untuk melaksanakan solat dengan cara seperti itu diperlukan tiga syarat:
1. Musuh harus berada di arah kiblat.
2. Musuh harus berada di atas gunung atau di tanah datar dan tidak ada sesuatu yang menghalangi penglihatan kaum muslimin
3. Jumlah kaum muslimin harus banyak yang dapat dibahagi dua, bahagian yang
satunya sujud dan bahagian yang lain berjaga.
Ketahuilah, seandainya imam mengatur mereka menjadi beberapa saf, hal itu boleh; demikian pula apabila sebahagian dari barisan itu berjaga, juga boleh.
Dalil Dari HaditsDari Jabi ra katanya, “Saya ikut solat Khauf bersama Rasulullah saw. Barisan ‎kami dibahagi 2, dan kedua2nya berdiri di belakang beliau, sedang musuh ‎berada di depan di arah kiblat. Nabi saw membaca takbir dan kamipun takbir ‎pula, beliau ruku’ dan kamipun ruku’, beliau I’tidal kami pun I’tidal pula. Ketika ‎beliau sujud, maka saf yang di muka (pertama) ikut sujud, sedang (saf) di ‎belakang tetap berdiri menghadap musuh. Setelah Nabi saw selesai sujud ‎dengan saf pertama, maka turunlah saf kedua untuk melakukan sujud lalu ‎kembali berdiri. Kemudian saf yang di belakang maju ke depan dan saf yang di ‎depan undur kebelakang. Lalu Nabi saw ruku’ dan kamipun ruku’ pula, beliau ‎mengangkat kepala, kamipun mengangkat kepala. Lalu apabila beliau sujud, ‎maka saf yang didepan yang diwaktu rakaat pertama saf di belakang ‎mengikutinya sujud, sedang saf yang kedua menghadapi musuh. Dan setelah ‎Nabi saw selesai sujud dengan saf pertama, maka sujudlah pula saf kedua, ‎kemudian beliau memberi salam dan kamipun sama-sama memberi salam ‎pula.”[Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Nasa’I, Ubn Majah dan Baihaqi]‎
KEDUA-DUA KELOMPOK SAMA-SAMA SOLAT DENGAN IMAM‎
Dari Abi Hurairah ra katanya, “Saya ikut melakukan solat Khauf bersama ‎Rasulullah saw pada peperangan di Najad. Beliau hendak solat asar, maka ‎berdirilah beliau dengan satu kelompok sedang kelompok lain menghadapi ‎musuh dengan punggung mereka menghadap kiblat. Beliau membaca takbir dan ‎seluruhnya –yakni yang sedang bermakmum dan sedang menghadapi musuh- ‎turut bertakbir pula, lalu melakukan solat satu rakaat bersama kelompok di ‎saf pertama serta sujud bersama mereka, sedang kelompok lain sedang ‎berdiri menghadapi musuh. Setelah berdiri kembali, kelompok yang telah ‎mendapatkan satu rakaat itu pergi menghadapi musuh menggantikan kawan-‎kawannya. Lalu kelompok yang digantikan itu kemudian sujud sedang ‎Rasulullah saw tetap berdiri. Lalu mereka berdiri untuk rakaat kedua, dan ‎setelah itu Nabi memimpin mereka ruku’ sujud sampai duduk. Kelompok yang ‎pertama pun datang lalu ruku’ dan sujud sendiri-sendiri. Setelah mereka ‎duduk, maka Nabi saw memberi salam diikuti oleh mereka. Jadi Rasulullah saw ‎bersembahayng 2 rakaat dan masing-masing kelompok juga 2 rakaat.”[Hadis ‎riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]‎
SOLAT IMAM 2 RAKAAT MANAKALA MAKMUM SATU RAKAAT
Dari Ibnu Abbas katanya, “Nabi saw bersembahang dalam peperangan Dzi ‎Qird. Orang-orang berbaris dibelakang beliau dua saf, Satu saf dibelakang ‎beliau dan satu saf menghadapi musuh. Beliau bersembahyang dengan saf di ‎belakangnya itu satu rakaat, lalu saf yang sudah bersembahyang ini pergi ‎mengantikan yang belum. Yang digantikan ini melakukan solat dengan Nabi saw ‎satu rakaat dan tidak menambahi lagi.”[Hadis Riwayat an-Nasa’i]‎
Dari ibnu Abbas juga katanya, “Allah mewajibkan solat atas Nabi saw di ‎waktu menetap 4 rakaat, diwaktu berpergian 2 rakaat dan di waktu perang ‎satu rakaat.” [Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i]‎
Dari Tsalabah bin Zahdan katanya, “Kami ikut dengan Sa’id bin Ash di ‎Thabristan, lalu tanyanya, “Siapakah di antaramu yang pernah sembahyang ‎Khauf bersama Rasulullah saw?” Hudzaifah menjawab, “Saya!” Iapun ‎bersembahyang dengan satu golongan satu rakaat dan dengan golongan lain ‎serakaat pula dan masing-masing mereka tidak menambahnya lagi.” [Hadis ‎riwayat Abu Daud dan Nasa’i]‎
3. SOLAT DALAM KEADAAN GAWATTatkala para muslimin dalam keadaan yang sangat takut dan dalam berkecamuknya peperangan, dengan musuh menyerang dari segenap penjuru, baik depan maupun belakang, kiri ataupun kanan, sedangkan waktu solat semakin hampir habis, maka orang yang solat boleh dilakukan sekira-kira mampu, baik secara berjalan kaki atau naik kenderaan, baik menghadap kiblat ataupun tidak menghadap kiblat.
Jika waktu solat hampir tamat maka hendaklah solat sebagaimana ‎keadaan yang ada. Tidak perlu mengadap kiblat dan tidak perlu sujud dan ‎ruku’. Memadai dengan isyarat kepala. Cuma hendaklah ketika isyarat sujud, ‎hendaklah lebih rendah dari isyarat ruku’. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu ‎Umar riwayat Imam Bukhari. Ini sama juga ketika mengejar atau dikejar ‎musuh. Perlu juga diketahui, kaedah khauf juga boleh dilakukan dalam ‎sebarang keadaan yang memerlukannya seperti terperangkap dalam banjir ‎atau kebakaran. Kerana solat itu wajib.‎
Cara ini adalah dinamakan Solat Syiddatul Khauf (dalam keadaan yang sangat takut). Apabila datang sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak, sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:
“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)
Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafik, iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafik mengatakan: “Aku meng­i’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”
Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayat­kan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat­-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dan waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib mengulangi solatnya.






















Prayer Khauf
KHAUF prayer: namely prayer in a state of fear due to the war and so on. Khauf prayers for the people that disyari'atkan qiamat Muhammad until today. Having abandoned the Prophet (PBUH) his companions also run khauf prayers, kerana the cause remains, it can be implemented as prayer Qasar. This prayer may apply in three circumstances in a way that differed-Beza.

Imam Ahmad said there were 6 or 7 hadith load khauf kaedah perform this prayer. Ibn Qayyim also said basically there are 6 ways, but by sebhgn scholars made more.

1. ENEMY IS NOT IN Qibla direction

If the priest let membahagikan army into two portion, partly standing and partly facing another enemy standing behind the priest, and the priest lead the portion that lies behind the cycles, then the portion that is in the back of the priest's perfected a mufaraqah solatnya and after then go replacing the portion facing the enemy, and the portion that they replaced it and then come and bermakmum to the priest, and the priest lead the prayers on one portion of the new cycles to come, before the priest's greeting and Courant refine solatnya alone while waiting for Imam after tahiyyatnya for greetings with the second portion this.

Position of this problem is when the enemy is in addition to the direction of Qibla, as much wonder we can not see the enemy in prayer, and did not survive the enemy attack when in prayer, and many Muslims number approximately once every group of Muslims are able to withstand attack enemy.

If this is the case, then one group of Muslims should face the enemy, and a bunch of others that are not retreat as much hit wonder archery or enemy fire and initiate Imam praying with a group that does not believe in war, was one cycles.

When the priest was standing on the second cycles, then the Muslims are bermakmum first came out with the intention of following the imam mufaraqah (split), (if not intent mufaraqah, then canceled solatnya). Then when they have been split off (mufaraqah), then they perfected solatnya alone meghabiskan tasyahhud cycles a second and then greeting and departing to face the enemy, and the Muslims who face the enemy and came to the priest waiting bermakmum or lengthen the cycles a second. If they had had time to catch up, then the priest to continue praying for the second cycles.

Then when the priest was sitting tasyahhud, then the group of Muslims who bermakmum it arose and refining cycles a second, and the priests waited on tasyahhud. If the congregation that the two had been followed tasyahhud, greeting the priest's congregation together.

Kaifiyah prayers with the prayers thus it is performed by the Prophet (SAW) in the War Dzatir Riqak, as narrated by Imam Bukhari and Imam Muslim from Sahal history.

Dzatir Riqak is somewhere in the land of Najd. The war was called Dzatir Riqak war because it took place under the trees named Dzatir Riqak. Some say that free kerana Muslims tetapak legs wrapped in cloth bandages, his deep berpecah their feet apart. Ta'lil the latter that is authentic, the second ta'lil kerana had remained in the sahih hadith.

From Salah bin Khawwat of Sahl bin Khaitsamah, he said, "The Prophet marched with the other group faced the enemy. He prays with the first group serakaat and remained standing. The group completed the self-solatnya then go meet the enemy, and then came a second serakaat pray with him - to the Holy Prophet is the second society-he still sat waiting for their completed solatnya, then he saluted them bersama2. "[narrated by Ibn Majah except Jamaat]

From Ibn 'Umar said, "Messenger of Allah prayed with one of the two groups of one cycles, while the other group faced the enemy. Then the first group to go replace the second group to face the enemy, while the second group came serakaat prayer with the Prophet and he saluted and both groups completed serakaat masing2 again. "[Hadith history Ahmad, Bukhari and Muslim]

Ibn Mas'ud said, "Then the priest greets them-and that is the second-up and finish serakaat again, then gave his regards."

PRIEST WITH KEDUA2 pray GROUP 2 cycles

From Jabir ra said, "The Prophet prayed with a group of friends two rak'ahs, then pray again with another group of two rak'ahs, then he gave his regards." [Hadith history Shafi'i and Nasa'i]

From Jabir ra said, "The Prophet did khauf prayers with us. He prays with two cycles ago partly companions greet, and even this congregation departed. Then another sahabat2 beliaupun going forth and pray with them again after two rak'ahs greeting. So the Prophet prayed four rak'ahs, were worshipers each 2 cycles. "[Hadith history Ahmad, Abu Dawud and Nasa'i]

From Jabir ra also said, "We join with the Prophet in the battle Dzatur Riqa '. Qamatnya recited prayers. He prays with a group of two cycles, then they are backward retreat. Then he prayed with the other two cycles pla. So the Prophet praying is 4 cycles, both groups were each 2 cycles. "

2. ENEMY IS Qibla direction

The priest ought to set the Muslims into two ranks, priests bertakbiratul-ihram with all Muslims, and all Muslims with the priest's prayer to the i'tidal of bowing cycles first, then when the priest bowed, then one row of Muslims prostrate together, same time there is the first row or the second. That is a valid mazhah. In this case the line is not specified which one must be on guard.

Then when the priests and the people who have been waking up to the bow with cycles a second, the other rows of prostrate and following on the priest. Imam Al-Fatihah read together Muslims and bow with them all. If the priest i'tidal of bowing, prostration row in the first cycles and keep the enemy ranks with the other priests did bow. If the bow with a lineup that has raised its head priest, guard lineup and prostration.

That is the prayer the Prophet (SAW) on the ground 'Asfan, as narrated by Abu Dawood and others, even in the history of Muslim imam was that free information line that alongside priests who prostrate ranks first and the other remains standing face the enemy.

The Shafi'i school of scholars say that free to perform prayers on the way as it required three conditions:
1. The enemy should be in the direction of Qibla.
2. The enemy should be in the mountains or on flat ground and there is not anything blocking the vision of the Muslims
3. The number of Muslims have much to dibahagi two, the Courant
only bow down and watch the other portion.

You know, if priests organize them into several ranks, it may, as did when the party of the row guard, will do.

Dalil Of Hadith

Of Jabi ra said, "I'm praying Khauf with the Prophet. Our ranks dibahagi 2, and kedua2nya stood behind him, while the enemy was in front in the direction of Qibla. Prophet read Takbir Takbir and we also did, his bowing and we also bowing, he i'tidal we were i'tidal anyway. When he bowed down, the ranks are in advance (first) took prostration, moderate (saf) standing behind facing the enemy. After the Prophet finished bow with the first shaft, the second shaft to perform fell prostrate and then back up. Then the shaft was behind advance to the front and the front ranks backward retreat. Then the Holy Prophet bowing and we also bowing anyway, he raised his head, we also looked up. Then when he is prostrating, so the front of the shaft at a time when the first cycles of prostration followed behind saf, saf was the second face of the enemy. And after the Holy Prophet finished with saf bow first, then bowed also ranks second, and then he saluted and equally we also salute anyway. "[Hadith history Ahmad, Muslim, Nasa'i, UBN Majah and Baihaqi]

TWO-TWO GROUPS WITH SAME-SAME prayer PRIEST

From Abu Hurairah ra said, "I'm done with the Messenger of Allah in prayer Khauf the war in Najad. He wanted asr prayers, then he stood with a group of other groups were facing the enemy with their backs facing the Qiblah. He read the takbir and entirely-that is bermakmum and is facing the enemy in succession bertakbir anyway, then do one rak'ahs prayer with the group in the first saf and prostration with them, while the other group was standing facing the enemy. After standing back, those who have had the cycles it goes against an enemy replaces his friends. Then the group was subsequently replaced Prophet prostrating was still standing. Then they stood up for the second cycles, and after that the Prophet led them bowing prostrate to sit. The first group came and bowing and prostrating on their own. After they sat down, the Prophet's greeting followed by them. So the Prophet bersembahayng 2 cycles and each group also 2 cycles. "[Hadith history Ahmad, Abu Dawud and Nasa'i]

Praying two rak'ahs when the congregation PRIEST ONE cycles

Ibn Abbas said, "The Prophet in the battle Dzi bersembahang Qird. People lined up behind him two ranks, one behind her and one saf saf face the enemy. He prayed to the shaft behind that one rak'ahs, then pray this shaft had gone replace that yet. This replaced prayer with the Prophet doing the cycles and not add to it again. "[Hadith History of an-Nasa'i]

From Ibn Abbas also said, "God requires prayers on the Prophet settled at 4 cycles, 2 cycles at a time when travel frequently and at a time of war cycles." [Hadith history Ahmad, Muslim, Abu Dawud and Nasa'i]

From Tsalabah bin Zahdan he said, "We went with Sa'id bin Ash in Thabristan, then he asked," Who among you have ever Khauf prayer with the Messenger of Allah? "Hudzaifah replied," Me! "And he prayed with a group one cycles and with other groups as well serakaat and each of them did not add more. "[Hadith narrated by Abu Daud and Nasa'i]

3. Prayers in distress

When the Muslims in a very scared and in the wake of the war, with enemies attacking from all sides, both front and rear, left or right, while the prayer time is running out, the person praying should be done as much-think able, both running walk or ride a vehicle, either facing the qibla or not facing the Qibla.

If the prayer time is almost finished then let prayer as existing circumstances. No need mengadap mecca and unnecessary prostration and bowing. Sufficient to cue the head. Just let when cues prostrations, let lower than cues bowing. It is based on the hadith of Ibn Umar narrated by Imam Bukhari. It is equally well when chasing or being chased enemy. There should also note, kaedah khauf also be performed in any state that needs as trapped in a flood or fire. His deep prayer was mandatory.

This method is called prayer Syiddatul Khauf (in a very scared). When it comes very frightened and may not membahagi kerana many Muslims enemy forces, or for instance and the wake of the war, so if're riding vehicles can not go down, and if I were walking can not turn, then the Muslims must refrain from praying on foot or aboard the vehicle, facing the qibla or not, running, crawling or couching. Allah Ta'ala says:

"] F you all in fear, be praying for all of you on foot or riding a vehicle." (Al-Baqarah: 239)

Ibn 'Umar r.a. said that free either facing the Qibla or not. Likewise erties are narrated by Imam Malik and Nafik, namely independent servant of Ibn 'Umar, may Nafik said: "I am that free mengi'tikadkan Ibn 'Umar said that such course of Prophet Muhammad (SAW)"

Al-Mawardi said that free speech Ibn 'Umar was narrated by Imam Shafi'i with the sanad of the Prophet Muhammad (SAW). The school of Shafi'i scholars said: The Muslims praying as much as possible and should not be mengakhirkan prayer and time. The Muslims who live in prayer in this way is not required to repeat solatnya.


No comments:

Post a Comment